Tuesday, October 21, 2014

Nasi Goreng Saujana


      Assalammualaikum semua,kakak nak kongsi resepi nasi goreng saujana.Bahan bahannya ialah:
3 ulas bawang putih(*potong kecik2)
3 sudu besar cili boh
garam secukup rasa
ikan bilis
nasi yang sudah dihancurkan

Cara caranya:
1.Tuangkan minyak suku setengah ke dalam kuali(masak ikan bilis terlebih dahulu)
2.Masukkan bawang putih ke dalam kuali.
3.Selepas memasukkan bawang putih ke dalam kuali,masukkan pula 3 sudu besar cili boh.
4.Tunggu sehingga sambal itu menjadi kering.
5.Selepas sambal itu menjadi kering,masukkan nasi hancur ke dalam kuali tersebut.
6.Apabila sudah siap,masukkan ikan bilis ke dalam nasi goreng.
7.Hidangkan kepada keluarga :)